KUALA LUMPUR, K&K Security Services Sdn Bhd Sebuah syarikat keselamatan berpengalaman yang telah beroperasi sejak April 1999 kini membuka peluang pekerjaan bagi jawatan Pengawal Keselamatan di Kuala Lumpur.
Dengan pengalaman lebih daripada 26 tahun dalam industri keselamatan, syarikat ini terus komited dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan yang berkualiti dan profesional.
Dengan tawaran gaji antara RM2,500 hingga RM3,000, syarikat ini mencari calon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
• Mempunyai minimum SPM
• Tinggi minimum 162cm dan berat sekurang-kurangnya 65kg
• Sihat tubuh badan dan cergas
• Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah
• lulus tapisan keselamatan
Sebagai sebuah syarikat yang telah diperbadankan sejak 1998, reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan keselamatan yang ditawarkan menjadi keutamaan. Oleh itu, calon yang layak akan menjalani proses pemilihan ketat bagi memastikan hanya individu yang berdisiplin dan berkelayakan dapat menggalas tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan.
Calon yang berminat boleh menghubungi Rodney di talian +60 11-3313 0415 atau emailkan permohonan anda seperti maklumat yang berikut :-
K&K Security Services Sdn. Bhd. (461801-H)
No. 20, Jalan Teratai PJU 6
47400 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Tel: +603-77100155
Fax: +603-77100425
E-mail: totalsecurity@knksecurity.com.my
“Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam industri keselamatan, kami mengalu-alukan individu yang berintegriti dan komited untuk menyertai pasukan kami,” kata jurucakap syarikat itu.