HomeIsu tempatanTeknologi digital berperanan jadi medium bantu aktiviti dakwah USIA

Teknologi digital berperanan jadi medium bantu aktiviti dakwah USIA

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus bergerak seiring dengan perkembangan semasa selain terus mengorak langkah ke arah meremajakan badan bukan Kerajaan (NGO) itu termasuk menggunakan teknologi digital dan media sosial.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, teknologi digital dan media sosial berperanan menjadi medium penting dalam membantu badan dakwah itu mengukuhkan aktiviti dakwah di negeri ini khususnya membabitkan golongan muda.

Menurutnya, pelan strategik pembugaran USIA sudah dibentuk bagi mencapai hasrat itu bermula dengan pelan 1.0 dari 2022 hingga 2024 dan disusuli pelan 2.0 yang akan dimantapkan lagi sejajar dengan misi dakwahnya.

“Usaha meremajakan USIA turut merangkumi program pengkaderaan golongan muda sebagai persiapan jangka panjang mendekati remaja dan belia dari konteks kepimpinan, termasuk menerusi penubuhan Puteri USIA.

“Ertinya dalam pembangunan masa depan sebuah gerakan dakwah, golongan belia, golongan pemuda dan golongan remaja ini amat penting kerana dalam konteks dakwahnya, ia sudah melalui satu proses yang lebih kompleks berikutan penggunaan teknologi baharu dalam dunia digital hari ini.

“Jadi, sudah semestinya golongan muda ini mempunyai peranan yang paling besar. Seperti mana kalau kita lihat, awal gerakan dakwah kita ini melalui dakwah bersemuka tapi zaman ini lebih pantas dan lebih cepat serta lebih berpengaruh kehebatan pempengaruhnya.

“Paling hebat juga netizennya yang boleh membuat komen dan sudah semestinya peranan generasi baharu dakwah ini sangat besar dalam dunia digital ini supaya wajah USIA lebih segar dan relevan dalam konteks perkembangan dakwah pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan watikah pelantikan EXCO Belia USIA Pusat, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Belia USIA, Datuk Jamawi Jaafar dan Setiausaha Agung USIA, Datuk Iman Ali.

Sapawi berkata, pihaknya menyerahkan kepada kepemimpinan Belia USIA untuk melaksanakan program pengkaderan bagi badan itu menerusi inisiatif yang akan dilaksanakannya.

Sementara itu, Jamawi berkata Belia USIA berjaya melahirkan seramai 21 imam muda menerusi pelan strategik pembugaran USIA 1.0 yang kini berkhidmat sebagai pendakwah muda di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan JAKIM.

“Kesinambungan daripada itu, untuk pelan pembugaran 2.0 ini kita akan lebih kepada pendigitalan menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada.

“Tidak cukup 21 pendakwah, di peringkat bawah kita mahu lebih ramai lagi yang berkemahiran tapi kita memberikan mereka teknologi menggunakan teknologi untuk bersemuka melalui media masa, TikTok, Facebook, Instagram dan sebagainya.

“Jadi ini kita akan bekerjasama dengan pihak Smart Sabah dan kita pun minta kepada pihak Smart Sabah untuk bersama-sama dengan kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PBNS santuni anak yatim, pelajar dalam program ‘Shopping Raya’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular