Oleh FLORIETA DIET
PUTATAN: Lebih seratus kanak-kanak di sini mendapat khidmat gunting rambut secara percuma melalui Program Selamat Kembali Ke Sekolah di perkarangan Servay Putatan.
Program itu anjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Dynamic Teras Bakti (DTB) dan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya.
Program sehari pada hari ini (16 Feb) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, beliau amat mengalu-alukan kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.
“Seperti pada program pada hari ini, akan lebih memudahkan urusan ibu bapa dalam persediaan anak bergunting rambut sebelum ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi DTB Mohammad Azmi Mohammad Sani tidak menjangka program berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir menbawa anak-anak masing-masing.
Katanya, program -program seperti ini yang memberi khidmat kepada masyrakat akan diteruskan pada masa akan datang.