HomeUtamaJangan jual, sewakan semula tapak lot bazar Ramadan - DBKK

Jangan jual, sewakan semula tapak lot bazar Ramadan – DBKK

Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penjaja bazar Ramadan sekitar bandaraya Kota Kinabalu diingatkan agar tidak menjual atau menyewakan semula tapak lot yang disediakan kepada pihak ketiga sepanjang Ramadan bulan depan.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Sr Lifred Wong berkata, penjaja juga diingatkan untuk menggunakan peluang yang diberikan untuk menjalankan perniagaan dengan sebaiknya.

Katanya, sebanyak lima kawasan tapak lot bazar Ramadan disediakan DBKK termasuklah di Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru dan Padang Merdeka Kota Kinabalu.

“Pesanan saya kepada penjaja, gunalah peluang ini dengan usaha sendiri untuk menjaja. Jangan pandai-pandai ataupun suka-suka buat ‘sub’ (menyewakan tapak kepada pihak ketiga). Sebab ini tidak ikhlas.

“Selain itu, saya juga meminta agar penjaja untuk sama-sama menjaga kebersihan selain memastikan pastikan makanan itu sihat. Maksudnya dimasak dengan baik dan dijaga agar mutu makanan itu sentiasa terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Dapur Kita-Kita di Bandaran Berjaya di sini hari ini.

Program itu disempurnakan adinda Yang Mulia Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Mariam Zaharah dan penyelaras program yang juga Pengarah Urusan Jetsin Datuk Koh Chung Jade.

Dalam pada itu, Lifred berkata, pihaknya turut mengambil pendekatan ‘siapa cepat, dia dapat’ bagi peniaga yang memohon lot tapak untuk bazar Ramadan yang mula dibuka semalam.

“Di DBKK, kami mengutamakan Muslim untuk peluang berniaga, tetapi itu tidak bermakna kami tidak membuka permohonan kepada bukan Islam. Berdasarkan maklum balas yang kami terima, sebaik sahaja kami membuka permohonan dalam talian semalam, semua slot telah diisi dalam masa 30 minit.

“Ramai yang mengadu bahawa mereka tidak mendapat slot, tetapi ia adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat,” katanya.

Berikutan permintaan tinggi daripada peniaga, Lifred berkata,  pihaknya  akan berbincang sama ada perlu membuka lebih banyak tapak di bandaraya untuk peluang perniagaan semasa Ramadan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa lesen bazar yang didapati dijual semula akan dibatalkan dengan segera. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular