HomeUtamaJPJ diseru laksanakan 2Ps terhadap kenderaan logistik di Sabah

JPJ diseru laksanakan 2Ps terhadap kenderaan logistik di Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kuala Lumpur : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diseru untuk melaksanakan Pemantauan serta Penguatkuasaan (2Ps) yang lebih tegas terhadap pergerakan kenderaan logistik yang menggunakan jalan raya Persekutuan mahupun negeri di setiap daerah di Sabah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya ketika berucap menyampaikan perbahasan menjunjung kasih Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Katanya, penguatkuasaan tersebut perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kekerapan aktiviti pengangkutan industri yang menggunakan jalan raya dapat dikawal mengikut had muatan yang munasabah.

“Seperti Menteri Pengangkutan sedia maklum, masalah kerosakan jalan raya yang belum sempat diselenggara disebabkan oleh kekangan peruntukan ditambah lagi dengan banyak jalan-jalan yang sudah melebihi tempoh jangka hayat reka bentuk berisiko besar mengalami kerosakan akibat beban muatan yang berlebihan.

“Justeru, saya minta perhatian Menteri Pengangkutan untuk sentiasa melaksanakan ‘tall order’ kepada JPJ negeri Sabah agar aspek 2Ps yang saya nyatakan tadi benar-benar dipergiatkan.

“Keseriusan pelaksanaan 2Ps tersebut akan mendisiplinkan setiap syarikat yang mengendalikan operasi logistik untuk tidak sewenang- wenangnya melanggar pematuhan had muatan yang diwartakan bagi satu-satu jalan raya Persekutuan di negeri tersebut.

“Selain berupaya menjadikan jalan raya benar-benar kondusif dan selamat untuk digunakan oleh rakyat secara rutin, penegasan JPJ dalam soal penguatkuasaan mampu mengurangkan beban kewangan tambahan JKR untuk menyelenggara jalan raya yang terdedah kepada kerosakan,” katanya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pihaknya turut memohon kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia untuk menimbangkan pertambahan wakil ahli dari Sabah didalam Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).

Katanya, pada masa ini, hanya ada seorang wakil negeri Sabah didalam LJM yang bersifat daripada Pengarah Jabatan Kerajaan.

“Adalah dicadangkan agar ada pertambahan seorang lagi ahli yang mewakili pengamal industri dari negeri Sabah.

“Dengan pertambahan itu, adalh diharapkan input yang lebih luas dan relevan dalam industri dapat dimanfaatkan oleh LJM,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bangunan di lima kawasan utama perlu pemeriksaan penstrukturan bangunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular