HomeUtamaKerjasama rapat pimpinan negeri, penjawat awam berjaya pulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Kerjasama rapat pimpinan negeri, penjawat awam berjaya pulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama rapat antara pimpinan negeri dengan penjawat awam, telah menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang baik, khususnya dalam proses pemulihan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selaku tenaga yang menggerakkan jentera kerajaan, penjawat awam adalah nadi utama kerajaan, pelaksana segala dasar dan program pembangunan yang ditetapkan.

Katanya, tanpa penjawat awam dari pelbagai sektor selaku pelaksana dasar dan urus tadbir sistem penyampaian, urusan pentadbiran akan pincang, rakyat dan negeri akan rugi, dan Kerajaan akan menerima padahnya akibat ketidakcekapan atau lemah dalam pentadbiran.

Beliau menekankan betapa pentingnya nilai-nilai integriti dalam diri setiap penjawat awam, kerana nilai murni itu akan menjadi benteng diri daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesusahan, akibat salah laku, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Menurutnya, anggota penjawat awam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar yang wajib dilaksanakan dengan hati yang ikhlas, penuh kejujuran dan keinsafan.

“Justeru, menjadi obligasi kepada kita untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya, tanpa memikirkan kepentingan diri atau mencari keuntungan daripadanya.

“Perlu diingat, anda mempunyai obligasi untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kejujuran, dengan cekap dan berkesan, bukan semata-mata untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi juga untuk kebaikan dan kecemerlangan organisasi yang diwakili, termasuk obligasi terhadap negeri dan rakyat.

“Ini satu tanggungjawab yang berat, dan hanya dapat digalas dengan sempurna jika kita memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 20205 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.

RELATED ARTICLES
Utama

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular