HomeUtamaPRN Sabah: SPR diseru laksana undi pos, mudahkan pengundi luar negeri

PRN Sabah: SPR diseru laksana undi pos, mudahkan pengundi luar negeri

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diseru untuk melaksanakan undi pos bagi pengundi Sabah yang menetap di luar negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, terdapat lebih 200,000 rakyat Sabah yang bekerja dan menuntut di Semenanjung perlu menunaikan tanggungjawabs sebagai pengundi.

Sebelum ini katanya, pelaksanaan undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara telah diperluaskan kepada mereka yang menetap di Singapura dan selatan Thailand dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Menurutnya lagi. langkah itu membuktikan bahawa sistem undi pos boleh diperluaskan demi memastikan akses yang lebih adil kepada semua pengundi.

“Oleh itu saya menggesa agar prinsip yang sama diterapkan dalam PRN Sabah yang akan datang selain menyeru SPR untuk melaksanakan undi pos bagi pengundi Sabah yang menetap di luar negeri dalam PRN Sabah.

“Langkah ini akan memastikan setiap rakyat Sabah yang layak dapat menunaikan hak mereka tanpa halangan kewangan atau logistik. Selain undi pos, saya juga mencadangkan agar SPR meneroka kaedah pengundian lain yang lebih mudah diakses oleh rakyat Sabah yang berada di luar negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, antara kaedah lain termasuklah undi atas talian yang boleh dijalankan dengan sistem keselamatan yang ketat seperti yang telah dilaksanakan di Estonia.

Katanya, kaedah lain juga boleh mewujudkan pusat-pusat pengundian strategik di negeri lain seperti yang dilaksanakan pada Pemilihan Umum Indonesia yang lalu.

“Di mana mereka membuka enam pusat pengundian di seluruh Malaysia. Dengan cara ini, pengundi Sabah boleh menunaikan hak mereka di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan di bandar utama di Semenanjung dan Sarawak tanpa perlu pulang ke Sabah,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular