Kota Kinabalu: Pelari tempatan Romieo Gomboh dan Natahsya Soon berjaya memenangi perlumbaan Terbuka Lelaki dan Wanita pada pertandingan ‘Intercity Mayor’s Cup Borneo Half Marathon (BHM)’ di sini semalam.
Romieo, bekas pemenang emas dan pemegang rekod Sukan Sabah (SAGA), melintasi garisan penamat perlumbaan 21km dalam masa 1:18.50s untuk mengatasi Mohammad Ikmal Sahdan dan Wincentbert Latius bagi menduduki tempat pertama.

Ikmal, yang berada di tempat kedua, mencatat masa 1:19.10s, hanya 20 saat di belakang pemenang, manakala Wincentbert menduduki tempat ketiga dalam masa 1:19.19s. Sementara itu, lima teratas diakhiri oleh Megallan Ganesan (1:21.56s) dan Pam Zhen Shen (1:22.56s).
Natahsya, yang memenangi gangsa (individu) dan emas (pasukan) dalam acara Mountain Bike (MTB) Cross-Country di Sukan SEA Hanoi, memenangi acara wanita dalam masa 1:43.48s.

Natahsya mengatasi Tan Wei Jun yang mencatat masa 1:51.15s untuk tempat kedua, manakala Suhaila Muhammad menduduki tempat ketiga dalam masa 1:52.03s. Pemenang tempat keempat dan kelima ialah Smantha Chu (1:58.23s) dan Suartina Artsan (2:00.42s).
BHM yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Kinabalu Running Club (KRC) itu diadakan sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Kota Kinabalu.
Acara ini turut menampilkan pelbagai kategori untuk pelari lelaki dan wanita dalam acara 21km dan 11km masing-masing.
Kategorti lain BHM ialah acara Terbuka Lelaki dan Wanita untuk perlumbaan 11km serta acara pasukan yang bersaing merebut Piala Intercity Mayor’s Cup.
Dalam acara lelaki 11km, lima pemenang teratas ialah Nuralizan Suziana (00:42:24.9s), Zaid Suhaipin (00:42:30.6s), Henky Helerrio Jinior Presley Gamba (00:43:12.2s), Muhamad Aiman Khamis (00:44:01.3s) dan Jackson Tan Jie Chen (00:44:01.3s).

Elystrina Jr memenangi acara wanita 11km dalam masa 00:59:45.8s, diikuti oleh Amanda Jayne Willie (1:11:20.9s), Alicna Suzanne Johning (1:16.28.5s), Diannie Firiezia Patrice (1:19.27.9s) dan Nur Izyan Syazwani Mahadi Syazwani (1:20.06.4s).
Bagi acara Piala Intercity Mayor’s Cup, Pasukan A DBKK yang terdiri daripada Mohd Rashidi Barahim, Rozenie Jerome, Wincentbert dan Kona Liau muncul sebagai juara dengan jumlah masa gabungan 5:25.00s.
Ia diikuti oleh Pasukan B DBKK (Fabian Osmond, Nurul Ain John Chuan, Siti Norzwa Harun dan Stefhan Kuling) dalam masa 6:28.22s dan Kuching Utara (Siti Rokiah Basri, Nadzmi Mohamed, Hazelinda Sanchis dan Zulkernain Hj Mohamad Zain) dalam masa 6:34.54s.
Sementara itu, seramai 3,119 pelari menyertai BHM, di mana 2,163 mendaftar untuk acara 21km manakala 956 pelari lagi mengambil bahagian dalam acara 11km.
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, BHM telah menjadi acara tahunan yang menawarkan peserta peluang unik untuk mengalami mercu tanda dan tarikan ikonik Kota Kinabalu semasa mereka melalui pusat bandar.
Ketua Pengarah DBKK Sr. Lifred Wong, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) Robert Lipon dan Presiden KRC Datuk Dr Heng Aik Cheng serta penaja hadir semasa majlis bendera dan penyampaian hadiah. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK