Kuala Lumpur, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu sekatan 18 akaun TikTok milik organisasi media tempatan, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
memetik laporan bernama , Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pihak TikTok, akaun-akaun tersebut disekat kerana memaparkan laporan berkaitan kes cabul yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini.
“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri. Di sini saya ingin memberi sedikit amaran, AI kadangkala boleh tersasar kerana tidak memahami perbezaan antara pelaporan organisasi media dengan kandungan yang dihasilkan orang biasa,” jelas Fahmi.
Susulan itu, beliau telah mengarahkan agar perbincangan diadakan dalam masa terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun TikTok milik media bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.
Fahmi menyampaikan kenyataan ini ketika menghadiri pelancaran kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kursus pertama dalam siri program latihan AI khusus untuk profesional media.