HomeUtamaLima premis disyaki curi elektrik diserbu ECoS

Lima premis disyaki curi elektrik diserbu ECoS

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Lima premis di sekitar Kota Kinabalu, Telipok dan Tamparuli telah diserbu oleh pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity kerana disyaki mencuri elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, operasi serbuan bersepadu tersebut diketuai oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Wilayah ECoS dan dijalankan pada 24, 25, dan 27 Februari lalu lima premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik merangkumi pengguna industri, komersil, dan rumah di penempatan setinggan.

Bagi kes yang melibatkan pengguna industri dan komersial, pelaku akan disiasat di bawah Seksyen61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 di mana jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes yang melibatkan rumah di penempatan setinggan yang terlibat dalam kegiatan menggunakan elektrik tanpa melalui meter akan disiasat di bawah Seksyen 61(3), dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1 ribu sehingga tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala premis yang disyaki membekalkan elektrik ke beberapa rumah lain tanpa kelulusan daripada syarikat utiliti akan disiasat di bawah Seksyen 61(8) yang membawa hukuman denda tidakmelebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes membekalkan bekalan elektrik ke premis lain tanpa lesen, pesalah boleh didakwa di bawahSeksyen 8(1)(b) dan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Nasser mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik meter elektrik atau membuat pengubahsuaian haram.

“Kegiatan ini salah di sisi undang-undang dan mengundang risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna dan orang ramai,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, dua pemilik premis melibatkan restoran makanan segera dan kedai perabot telah didakwa di mahkamah Kota Kinabalu masing-masing pada 13 Februari dan 19 Februari di mana hakim telah menjatuhkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM35,000.

Di samping itu, seorang pemilik kilang ais telah didakwa di mahkamah Sandakan pada 17 Februari dan tidak mengaku bersalah.

Tarikh sebutan seterusnya telah ditetapkan pada 19 Mac 2025. Ketiga-tiga kes ini adalah hasil serbuan bersepadu yang dilaksanakan oleh ECoS dan Sabah Electricity pada tahun 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua bangunan pusat cucian kereta musnah dalam kebakaran di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular