HomeIsu tempatan120 murid sertai STI 100^3

120 murid sertai STI 100^3

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Seramai 120 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sampir Kota Marudu dan SK Mutiara Kota Kinabalu telah menyertai program STI 100 on the Power of Three (STI 100^3) di sini baru-baru ini.

Program yang digerakkan Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu adalah bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membangunkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam memacu perkembangan ekonomi negara.

Penyelidik IPB UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Mailin Misson berkata,  program tersebut merupakan bukti komitmen UMS untuk menjayakan program pemindahan ilmu khususnya kepada komuniti di Sabah dengan usaha membudayakan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). 

“Selaras dengan pengenalan lima Lensa Utama UMS yang dinyatakan oleh Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor pada majlis amanat beliau baru-baru ini, pemindahan dan perkongsian ilmu menjadi tonggak lensa ketiga UMS dalam usaha membantu komuniti di Sabah serta memperkukuh kedudukan UMS sebagai universiti untuk rakyat, selain mendokong saranan daripada kerajaan negeri dan persekutuan. 

“Antara pengisian program yang diadakan di dua sekolah rendah berkenaan adalah aktiviti interaktif STI yang melibatkan pengenalan kepada alat radas makmal, konsep asid dan alkali serta penggunan mikroskop cahaya. 

“Selain itu, murid-murid juga turut berpeluang menjalani eksperimen pengekstrakan DNA dan membina model ‘double-helix’ DNA sambil didedahkan kepada asas penyelidikan dalam bioteknologi,” kataya dalam kenyataan di sini.

Mailin berkata, program tersebut dijalankan selama dua bulan di SK Sampir dan SK Mutiara yang dipimpin oleh beliau bersama rakan penyelidik Dr. Nur Athirah Yusof dan Pn Grace Joy Chin Wei Lie serta dibantu oleh pelajar-pelajar pascasiswazah IPB UMS. 

“Murid-murid SK Sampir juga telah berkesempatan untuk melawat makmal-makmal yang terdapat di IPB UMS dan melihat sendiri proses dan aktiviti yang dijalankan di IPB seperti penyelidikan dalam bidang mikrobiologi, kimia hasilan semulajadi dan penyelidikan kejuruteraan bioproses,” katanya. 

Program STI 100^3 adalah program melibatkan 100 saintis, 100 sekolah dan 100 hari di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Persatuan Tik Tokes Sabah perluas aktiviti di setiap 25 kawasan Parlimen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular