HomeUtamaStatus Peter Anthony sebagai ADUN Melalap diputuskan selepas semua saluran undang-undang digunakan

Status Peter Anthony sebagai ADUN Melalap diputuskan selepas semua saluran undang-undang digunakan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Status Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) Datuk Peter Anthony sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap akan diputuskan selepas semua peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Negeri Sabah telah dipenuhi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, peruntukan itu adalah di bawah Perlembagaan Negeri Sabah yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan seorang ADUN.

“Secara teknikal, kerusi (DUN Melalap) tidak kosong kerana di bawah peruntukan, seperti yang saya katakan, peruntukan itu ada lagi 14 hari (bermula semalam) untuk beliau (Peter) menghabiskan semua saluran undang-undang yang ada.

“Jadi, terpulang kepada beliau untuk menghabiskannya dalam tempoh 14 hari. Jika dalam tempoh 14 hari, tempoh itu tamat dan beliau telah menghabiskan semua saluran undang-undang, maka kerusi itu akan dikosongkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah di sini hari ini.

Kadzim berkata demikian bagi mengulas berkaitan kes jenayah ADUN Melalap yang ditolak oleh Mahkamah Rayuan semalam.

Dalam hal itu, perintah sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. 

Katanya, mengikut Perkara 17 (1) (e) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana ADUN yang disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang dari setahun atau denda sebanyak tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai ADUN.

Semalam, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman Peter atas kesalahan memalsukan dokumen semalam.

Peter kini akan menjalani hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu bapa disaran pantau kebersihan anak, cegah penularan HFMD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular