HomeUtamaWanita maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kg Lok Bonu

Wanita maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kg Lok Bonu

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 53 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar, awal pagi Rabu (5 Mac).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi sebelum menghantar sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, pasukan tiba pada jam 4.49 pagi dan mendapati berlaku hakisan tanah yang menyebabkan runtuhan serta menimbus rumah mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan anak kepada mangsa, terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang turut melibatkan pihak KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi sebelum tamat sejam kemudian.

RELATED ARTICLES
Utama

SAREC 2025, platform kerjasama pacu peralihan Sabah ke arah masa depan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular