Barcelona — YTL Communications meraih pengiktirafan antarabangsa di GTI Awards 2025, memenangi Anugerah Inovasi Bersepadu 5G-A×AI atas kejayaan menerapkan AI dan robotik dalam pembuatan canggih pertama di Malaysia bagi Clarion Malaysia.
Kejayaan ini menyusul kemenangan berganda di Asian Telecom Awards 2025 di Singapura, di mana syarikat memenangi kategori “Inisiatif Pelanggan B2B Terbaik” dan “Penyelesaian Kesalinghubungan Inovatif Tahun Ini”.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee, berkata, “Anugerah ini membuktikan komitmen kami dalam inovasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Yes 5G bukan sekadar kelajuan, tetapi pemacu transformasi industri dan ekonomi negara.” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Jacob Yeoh, Deputy CEO of YTL Communications, receiving the “B2B Client Initiative of the Year” and “Innovative Connectivity Solution of the Year” at the Asian Telecom Awards 2025
Transformasi Industri 4.0 dengan Yes 5G SA Private Network
Penerapan Yes 5G SA Private Network di Clarion Malaysia menjadikannya kilang pembuatan pintar pertama di Malaysia berasaskan 5G persendirian. Dengan teknologi 5G-SA ultra pantas dan latensi rendah, rangkaian ini mengintegrasikan AI, IoT dan robotik, meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kesilapan manual sebanyak 100%, dan mempercepat pemprosesan sebanyak 70%.
Pengiktirafan di Asian Telecom Awards 2025
Penyelesaian Yes Managed Wi-Fi, yang memanfaatkan 5G dan virtualisasi awan untuk menyediakan kesalinghubungan fleksibel dan berskala, turut membawa kejayaan di Asian Telecom Awards 2025. Teknologi ini telah digunakan di resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, meningkatkan pengalaman pelanggan tanpa keperluan gentian optik mahal.
Dengan kejayaan ini, YTL Communications terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju inovasi 5G dan AI, membentuk landskap digital Malaysia dan mempercepat peralihan ke masa depan pintar dan cekap.