HomeUtamaMembakut turut diisytiharkan kawasan bencana banjir

Membakut turut diisytiharkan kawasan bencana banjir

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Selepas Beaufort, daerah Membakut turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut Ibrahim Terki berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 7 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Membakut turut dilaporkan mengalami bencana banjir.

Berikutan itu juga, Ibrahim berkata, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diaktifkan.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Membakut, adalah dengan ini saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di Dewan Kesenian Islam Membakut. 

“PPS ini diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) tidak selamat  untuk didiami,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Anak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular