HomeUtamaKYS lancar portal pembayaran pinjaman, tawar insentif rebat madani

KYS lancar portal pembayaran pinjaman, tawar insentif rebat madani

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melancarkan Portal Pembayaran Balik Pinjaman dalam usaha meningkatkan kemudahan kepada peminjam bermula bulan ini.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar berkata, portal itu berfungsi sebagai platform maklumat bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian selain menawarkan akses kepada maklumat pembayaran.

Selain itu katanya, portal berkenaan turut memberi maklumat tentang insentif rebat, polisi pinjaman, soalan lazim, serta saluran perhubungan dengan KYS.

Datuk Ghulamhaidar

“Untuk maklumat lanjut, portal ini boleh diakses di https://www.yayasansabahgroup.org.my/bppp/index.html.

“Selain itu, orang ramai boleh melayari Facebook KYS-Kumpulan Yayasan Sabah, atau menghubungi talian 011-33181088 / emel bayaranbalikpengajian@ysnet.org.my untuk keterangan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Gulamhaidar  berkata, KYS turut menawarkan Insentif Rebat Madani kepada peminjam pinjaman pengajian selama tiga bulan bermula April depan.

Katanya, inisiatif itu membolehkan peminjam yang melunaskan baki pinjaman secara sekaligus menikmati rebat sebanyak 30 peratus daripada jumlah baki pinjaman mereka.

Menurutnya lagi, program itu diperkenalkan sebagai tanda keprihatinan KYS dalam meringankan beban peminjam serta menggalakkan penyelesaian pinjaman secara penuh.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada peminjam yang konsisten membuat bayaran, sehingga membolehkan KYS mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM6.6 juta setahun bagi dua tahun berturut-turut yakni 2023 dan 2024.

“Seperti kaedah sedia ada, pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u bagi pelanggan Maybank, serta JomPAY dan perkhidmatan telegraf bagi bank lain.

“KYS turut menyediakan alternatif lain seperti Arahan Tetap Bank, draf bank, cek, pembayaran tunai atau Kad Debit di kaunter di Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, serta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular