HomeIsu tempatanBelum ada kompaun dikeluarkan kepada penjaja bazar Ramadan - DBKK

Belum ada kompaun dikeluarkan kepada penjaja bazar Ramadan – DBKK

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) belum mengeluarkan sebarang kompaun kepada penjaja bazar Ramadan dibawah kendalian DBKK setakat ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tahap kebersihan selain kerjasama yang diberikan penjaja terlibat adalah pada tahap memuaskan.

“Setakat ini memuaskan dari segi tahap kebersihan sebab kita juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat pemeriksaan kepada peniaga-peniaga selain pemantauan berterusan turut dilaksanakan.

“Di pihak DBKK, kita turut menempatkan ramai pekerja kita untuk memastikan peraturan kebersihan dipatuhi oleh penjaja-penjaja terutama sekali dari segi pembuangan sisa makanan dan juga minyak sekiranya mereka memasak di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra ke bazar Ramadan Lintasan Deasoka di sini semalam.

Pada tahun ini, sebanyak empat lokasi bazar Ramadan dibuka dibawah kendalian DBKK antaranya di Lintasan Deasoka; Indah Permai; Tanjung Aru dan Sembulan.

Manakala, sebanyak 21 kawasan lain turut dibuka yang dikendalikan pengurusan luar atau swasta. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas terima sumbangan air minuman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular