HomeUtamaHajiji terima taklimat laporan Isu Identiti di Sabah dari Suhakam

Hajiji terima taklimat laporan Isu Identiti di Sabah dari Suhakam

Read Time:27 Second

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memberi taklimat mengenai laporan Kolokium Isu Identiti di Sabah: Merapatkan Realiti dan Pemangkin Perubahan kepada Ketua Menteri Datuk Seri  Hajiji Noor.

Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Datuk Mariati Robert menyampaikan taklimat tersebut semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Menara Kinabalu.

Kolokium yang diadakan pada November tahun lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu telah membincangkan keadaan orang tanpa kerakyatan di Sabah dan tindakan dari perspektif hak asasi manusia.

Turut hadir, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Anak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular