HomeUtamaPRN17 Sabah: Gagasan Rakyat perkukuh pengaruh di Sukau dan Lamag

PRN17 Sabah: Gagasan Rakyat perkukuh pengaruh di Sukau dan Lamag

Read Time:1 Minute, 36 Second

KINABATANGAN: Landskap politik di Sukau dan Lamag dijangka berubah apabila Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) semakin mendapat tempat di hati rakyat, sekali gus memberi saingan sengit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah berkata, parti tempatan itu bakal meletakkan calon terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 bagi merampas kerusi di kedua-dua kawasan itu nanti.

” Berdasarkan sambutan luar biasa pada dua siri lawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ke Sukau telah memberi petanda jelas bahawa parti itu semakin popular dan mendapat sokongan majoriti masyarakat akar umbi,” katanya.

Masiung di temui media ketika mengiringi Hajiji di majlis Iftar Ramadhan di Masjid Tun Juhar yang dihadiri lebih 3,000 warga warga Sukau dan Lamag

Pada majlis Himpunan Gagasan Rakyat Sukau/Lamag Julai 2023 lalu Hajiji turut meraih sambutan lebih 7,000 rakyat di kedua-dua kawasan itu di Dataran Sukau.

” Gagasan Rakyat adalah parti tempatan, kita mampu meraih sokongan yang besar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan Lamag.

” Saya melihat landskap politik di kedua-dua DUN memperlihatkan perubahan ketara kebelakangan ini, kita Gagasan Rakyat bersama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah Sabah (GRS) akan bekerja keras memastikan kemenangan menjelang PRN ini.

” Kita di pihak kerajaan apa yang kita janji kita tunai, berbeza dengan kumpulan pembangkang hanya mampu mencipta cerita dan menabur janji.

” Parti-parti pembangkang hanya mampu mereka cipta isu supaya rakyat membenci pemimpin kerajaan sambil mencipta tomahan untuk mendapatkan sokongan, ” tambahnya.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut menegaskan, sebelum ini Ketua Menteri telah memberi jaminan akan menumpukan perhatian khusus kepada Sukau dan Lamag.

Langkah menubuhkan Pejabat Daerah Kecil Sukau telah terlaksana pada 15 Februari lalu selain pembinaan dewan Sukau bernilai RM3 juta.

Semasa Majlis Berbuka Puasa kelmarin, Ketua Menteri turut mengumumkan kerja-kerja menambahbaik Masjid Tun Juhar.

Sehubungan itu, Pejabat Daerah Kecil Sukau dan Jawatankuasa masjid diarah mengemukakan spesifikasi kerja secepat mungkin.

RELATED ARTICLES
Utama

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular