HomeUtamaAnak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3

Anak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu: Seekor buaya berukuran lebih kurang empat kaki ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3, di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, buaya berkenaan didapati berada di tembok berhampiran pantai selepas dikesan pasukan pemantau.

 “Setelah penilaian keselamatan dibuat, dua das tembakan telah dilepaskan oleh pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) tepat ke arah buaya tersebut. 

“Buaya berjaya ditangkap dan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya. Operasi pemantauan buaya ditangguh pada jam 4.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu di sini

Menurut kenyataan itu lagi, operasi pemantauan buaya akan disambung semula pada jam 9 malam ini.

Tambah kenyataan itu lagi, ini berikutan maklumat sahih daripada petugas pemantauan memaklumkan bahawa buaya yang berada di Pantai Tanjung Aru adalah lebih daripada seekor.

“Orang awam yang berkunjung di Pantai Tanjung Aru dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak digalakkan membuat aktiviti di air sehingga operasi tamat sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO APM KK

RELATED ARTICLES
Utama

Kes Lombong Emas babit Bekas CEO, Anak Disebut Semula 24 April...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular