Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah di sini semalam.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.
Pada sambutan itu, Tun Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Selain itu, antara pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Ilahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama ), Datuk Ruslan Muharam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.