HomeUtamaEnam Individu Dipenjara 3 Tahun Bantu Kumpulan Jenayah Terancang "Geng Upik"

Enam Individu Dipenjara 3 Tahun Bantu Kumpulan Jenayah Terancang “Geng Upik”

Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Lima lelaki dan seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini kerana membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara 2015 dan 2023.

Mereka ialah Mohd Fauzie Rablin, 34, Fazrul Bahar, 43, Shahlan Shah Abdul Samad, 38, Mazlan Mahmud, 49, Alkan Abraham, 36, dan Norsyafilah Pawawoi, 28.

Mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng terhadap pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan selepas surat representasi mereka diterima.

Pertuduhan asal mereka adalah di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’, yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan.

Baca – https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh lelaki menjalani hukuman dari tarikh ditangkap iaitu pada 25 Disember 2023. Manakala Norsyafilah diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula 1 Mac 2024 dari tarikh dia didakwa di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah juga memerintahkan pertuduhan asal tertuduh digugurkan (struck out).

Menurut fakta kes, tertuduh telah ditangkap susulan operasi risikan yang menyasarkan Geng Upik. Siasatan mendapati kesemua tertuduh membantu Geng Upik dalam aktiviti pengedaran dadah di Sabah bagi kepentingan kumpulan itu serta memperoleh keuntungan material.

Siasatan lanjut mendapati bahawa Geng Upik dikaitkan dengan beberapa kes dadah, termasuk tiga kes di Tawau dan satu di Manggatal.

Di Tawau, pihak berkuasa telah merampas sejumlah 53kg syabu yang mempunyai kaitan dengan Geng Upik. Siasatan juga membawa kepada penangkapan seorang individu yang telah membantu Geng Upik iaitu Syafilah Pawawoi, yang dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan dadah. Satu lagi tangkapan melibatkan individu yang membantu Geng Upik kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di Manggatal, kumpulan itu dikaitkan dengan rampasan 4.6kg syabu.

Kesemua tertuduh merupakan sebahagian daripada 15 individu yang pada mulanya didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.

Lima lagi individu – Datuk Maslan Sani, 41, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45 – masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah menetapkan 19 May 2025 untuk sebutan semula dan perbicaraan dijangka bermula pada bulan Jun.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Mohd Fauzie dan Mazlan diwakili oleh Sylyester Kuan; Norsyafilah oleh Michelle Usman; Shahlan Shah oleh Luke Ressa Balang; Alkan dan Fazrul oleh Shahlan Jufri.

Maslan diwakili oleh peguam Hamid Ismail, manakala Nelson diwakili oleh Datuk Ram Singh.

Rahman diwakili oleh Jakariya Ab Jalil; dan Jaisalfian oleh Muhamad Amirul Amin.

Pada Selasa, mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas empat individu kerana membantu Geng Upik.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki bebas dakwaan dadah, terlepas hukuman mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular