HomeUtamaKanak-kanak hampir lemas diselamatkan penduduk kampung

Kanak-kanak hampir lemas diselamatkan penduduk kampung

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh FLORIETA DIET

KENINGAU:  Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Baru Durok dekat sini, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada petang Khamis.

Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Julius John Stephen JR, panggilan kecemasan diterima pada jam 1:34 petang melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya.

Namun, sebelum ketibaan pasukan bomba, penduduk kampung telah bertindak cepat dan berjaya menyelamatkan mangsa.

“Ketika kanak-kanak sedang mandi di kawasan itu, seorang daripada mereka kelihatan di sedang hanyut dan meminta tolong. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu, bertindak membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

“Pada masa yang sama, seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan sungai itu, turut terdengar jeritan kanak-kanak, bertindak segera menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Tambahnya, pasukan BBP tiba di lokasi kejadian pada jam 1:42 petang dan terus membuat lawatan ke rumah mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

“Menurut cerita mangsa, sebelah kakinya tiba-tiba berasa kejang ketika mandi, menyebabkan dia tidak dapat berenang ke tepi. Kanak-kanak itu bernasib baik kerana keadaan air tidak terlalu dalam dan dia tidak tenggelam walaupun kakinya menyentuh dasar sungai. Dia terlompat-lompat bagi memastikan dia tidak tenggelam sambil menjerit meminta tolong.,” katanya menambah, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang melibatkan tiga anggota bomba dari BBP Keningau, diketuai oleh Komander Operasi PBK II Leong Hoi Min, tamat pada jam 2:20 petang setelah semua maklumat diperoleh dan keadaan mangsa dipastikan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDIA pohon 14 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK13

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular