HomeUtamaSabah Electricity membangun modal insan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak

Sabah Electricity membangun modal insan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Sabah Electricity meneruskan komitmen membangunkan modal insan dengan memberikan sokongan kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata sokongan itu direalisasikan menerusi pengubahsuaian kelas Tabika KEMAS Sabah Electricity yang lebih kondusif dan mesra kanak-kanak di Bangunan Kuwasa dekat sini.

“Dengan adanya kelas Tabika KEMAS di premis Sabah Electricity, secara tidak langsung dapat membantu anggota kerja syarikat itu menghantar anak mereka ke pra-sekolah dalam satu premis yang sama dengan pejabat mereka.

“Perpindahan pejabat baharu Sabah Electricity ke bangunan Kuwasa pada Oktober tahun lalu turut memberi ruang kepada Tabika KEMAS mendapat ruang kelas yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Penyerahan Kunci Tabika KEMAS Sabah Electricity kepada guru dan penyelia Tabika KEMAS Sabah Electricity Faridah Kassim di Bangunan Kuwasa pada Selasa.

Mohd Yaakob juga berkata adalah menjadi harapan agar persekitaran yang baharu dan kondusif untuk anak-anak pra-sekolah itu dapat dimanfaatkan dan menjadi contoh kepada Tabika KEMAS yang lain.

“Saya berharap suasana kelas yang baharu ini akan meningkatkan semangat tenaga pengajar dan anak-anak yang belajar di sini untuk belajar dengan lebih tekun di awal pendidikan mereka,” katanya.

Dalam majlis yang ringkas itu, Mohd Yaakob turut menghulurkan sumbangan duit raya kepada semua pelajar.

Tabika KEMAS Sabah Electricity ditubuhkan pada 1986 dengan ambilan seramai 25 pelajar setahun yang berusia di antara lima hingga enam tahun. Sehingga kini, Tabika KEMAS Sabah Electricity telah berjaya mendidik seramai 975 pelajar dan sebahagian daripada pelajar tersebut sedang bertugas di Sabah Electricity.

RELATED ARTICLES
Utama

Sekolah integrasi lahir generasi berilmu, berakhlak mulia – Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular