HomeUtamaSubsidi tiket penerbangan 'Graduan Rindu Sabah' dibayar sebelum Aidilfitri

Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kuala Lumpur : Bantuan subsidi subsidi tiket penerbangan dalam inisiatif Graduan Rindu Sabah (GRS) sebanyak RM600 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta diluar Sabah akan dibayar ke akaun pelajar sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Peruntukan itu khusus kepada pelajar anak negeri Sabah yang berada diluar Sabah iaitu di Labuan, Sarawak dan Semenanjung yang akan pulang ke kampung halaman pada musim perayaan ini.

Ketua Pegawai, Setiausaha Kanan Tugas Tugas Khas (Pendidikan) Awang Kuraimi, mengumumkan perkara itu ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Islam Antarbangsa (UIA), Mohd Haziq Haikal.

Beliau berkata, demikian pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Sabah di Semenanjung Malaysia di KLCC Convention Centre Kuala Lumpur.

Mohd Haziq sebelum itu menyampaikan hasrat para mahasiswa dan mahasiswi Sabah diluar negeri itu yang tertanya tanya mengenai bila pembayaran subsidi akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Awang berkata, keputusan untuk membayar subsidi itu sudah dimuktamadkan oleh kerajaan negeri dan kini hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

“Pembayaran akan dibuat sebelum hari raya, anak-anak jangan bimbang, nanti sebelum kita nampak anak bulan pelajar sudah nampak bantuan itu masuk,”katanya.

Hadir sama mewakili, Ketua Menteri Sabah ialah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Majlis turut dihadiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, Mohd Haziq turut bertanya mengenai kesukaran pelajar anak Sabah yang berada diluar negeri itu untuk mendapatkan tempat bagi menjalani latihan amali di Sabah.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, yang menjawab soalan itu memberitahu bahawa pihaknya menerima permohonan yang terlalu tinggi dari pelajar Sabah yang berada diluar setiap tahun.

Justeru katanya, berlaku keterbatasan dari segi tempat berikutan pihaknya terpaksa menetapkan kuota tertentu bagi memenuhi permintaan pelajar.

“Bukan tidak ada tapi tempatnya terhad kerana permintaannya terlalu tinggi,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

47 kenderaan perdagangan diperiksa dalam Operasi Bersepadu KPDN Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular