HomeUtama1,248 mangsa terjejas banjir berlindung di 11 PPS di Sabah

1,248 mangsa terjejas banjir berlindung di 11 PPS di Sabah

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa banjir di Sabah melibatkan enam buah daerah meningkat kepada 1,248 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan 396 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kota Marudu menjadi daerah paling tinggi mencatat jumlah mangsa iaitu seramai 957 orang melibatkan 311 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.

Ini diikuti Sandakan dengan 132 orang mangsa melibatkan 35 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Manakala di Beluran seramai 92 mangsa terlibat melibatkan 26 keluarga dan diikuti Paitan melibatkan seramai 46 orang mangsa.

Dua daerah lain iaitu Matunggong dan Pitas masing-masing mencatatkan jumlah mangsa seramai 11 dan 10 orang mangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

100 penghantar p-hailing terima sumbangan baucar minyak dan kurma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular