HomeUtama4,000 pek bubur lambuk diagihkan sempena Ramadan

4,000 pek bubur lambuk diagihkan sempena Ramadan

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu  : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk sebagai usaha menyuburkan semangat berkongsi rezeki di bulan Ramadan.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, program dengan kerjasama Adabi Sabah Distributions Sdn. Bhd. (ADABI) itu dapat mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat melalui perkongsian rezeki dan akan diteruskan pada masa hadapan.

“Ini menunjukkan satu hubungan erat diberikan dalam meraikan Ihya’ Ramadan dan merupakan tahun ketiga dilaksanakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) dengan kerjasama daripada 25 jabatan agensi kerajaan di sini,” katanya.

Beliau ditemui media semasa Program Ihya’ Ramadan KPKPS Tahun 2025: Agihan Bubur Lambuk Kepada Warga KPKS dan Orang Awam, di sini.

Pada majlis tersebut Rosli bersama pegawai-pegawai KPKPS mengagihkan 2,500 kepada penjawat awam manakala 1,500 pek bubur lambuk lagi diberikan kepada orang awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Hampir semua kawasan di Sabah alami hujan lebat petang ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular