HomeIsu tempatanGagasan Rakyat Petagas santuni golongan memerlukan sempena Ramadan

Gagasan Rakyat Petagas santuni golongan memerlukan sempena Ramadan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Putatan : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Petagas mengambil inisiatif melakukan jelajah ke semua surau dan masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata,  program yang dilaksanakan itu antara lain adalah bagi mengimarahkan lagi bulan mulia selain menyantuni golongan memerlukan.

“Pada tahun ini, kita seperti kelazimannya mengadakan jelajah siri ke masjid-masjid dan surau-surau yang berada di kawasan DUN Petagas di mana tujuan kita ini adalah untuk mendekatkan diri dengan ahli jawatankuasa masjid dan juga kita menyampaikan sedikit sumbangan untuk pihak-pihak asnaf yang memerlukan. 

“Program ini akan kita laksanaka sehingga hujung Ramadan. Selepas itu kita juga ada membuat program menyantuni rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan barangan bakul makanan,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini.

Katanya, jelajah itu bermula di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tengah Padang sehingga di kawasan PDM Lok kawi.

Selain menyantuni jawatankuasa masjid dan surau, pihaknya juga mahu menyelami keperitan ataupun kesusahan yang dialami golongan memerlukan khususnya golongan-golongan asnaf.

“Kita ada enam PDM dalam kawasan Petagas antaranya PDM Tengah Padang, PDM Petagas, PDM Bandar Putatan, PDM Kampung Ulu, PDM Papason dan juga PDM Lok Kawi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PBNS santuni anak yatim, pelajar dalam program ‘Shopping Raya’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular