HomeUtamaPink Ribbon digesa perbanyakkan program kesedaran kanser payudara

Pink Ribbon digesa perbanyakkan program kesedaran kanser payudara

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Sabah (Sabah Kinabalu Pink Ribbon) digesa memperbanyakkan aktiviti dan program bagi membantu meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai kesihatan wanita.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berkata, selain program kesedaran, Pink Ribbon juga  memainkan peranan penting memberi sokongan kepada mereka yang terjejas akibat kanser payudara.

“Selain Kinabalu Pink Ribbon, saya berharap Persatuan Sokongan Kanser Payudara di daerah- daerah juga menggerakkan program turun padang mendekati masyarakat akar umbi bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai penyakit kanser payudara.

“Saringan dan rawatan awal terhadap kanser payudara amat penting untuk menyelamatkan nyawa, namun masih ramai yang kurang kesedaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Sabah Kinabalu Pink Ribbon di kediaman rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya di sini semalam.

Rombongan Sabah Kinabalu Pink Ribbon diketuai oleh Presidennya, Christy Fe Salazar yang memberi taklimat kepada Juliah mengenai aktiviti tahunan mereka.

Juliah berkata, pengesanan awal sebagai sebahagian daripada penjagaan diri amat penting, dan penganjuran program kesedaran diharap dapat mencetuskan kesedaran akan pentingnya pengesanan awal penyakit itu.

Beliau menyambut baik inisiatif Sabah Kinabalu Pink Ribbon menganjurkan “13th Mother’s Day Walk Abreast 2025” yang akan diadakan pada 4 Mei 2025 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Katanya, sokongan daripada masyarakat amat penting bagi menjayakan program Walk Abreast 2025, selain membantu mengumpul dana bagi membeli peralatan dan rawatan yang diperlukan oleh pesakit kanser payudara.

Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada Biro Pembangunan Ekonomi Dan Usahawanita Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) diketuai oleh pengerusinya, Dato Paduka Rehan Rahim dan Persatuan Sayangi Kanak-Kanak Sabah (PSKS) yang diketuai oleh pengerusinya, Dr. Habibie Ibrahim.

PSKS turut menyampaikan surat lantikan kepada Juliah sebagai penuang kepada persatuan itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemandu dipenjara 20 tahun, 3 sebatan amang seksual dua budak Tabika

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular