HomeUtama47 kenderaan perdagangan diperiksa dalam Operasi Bersepadu KPDN Sandakan

47 kenderaan perdagangan diperiksa dalam Operasi Bersepadu KPDN Sandakan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Sebanyak 47 buah kenderaan perdagangan pelbagai jenis telah diperiksa dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 20.

Anggota penguatkuasa memeriksa dokumen yang dibawa oleh seorang pemandu lori. – Foto.ihsan KPDN Sandakan

Operasi ini berlangsung di RCP Sapi Nangoh, Beluran, pada malam Jumaat. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pematuhan peraturan dalam pengangkutan barangan kawalan berjadual.

Ketua Pegawai Penguatkuasa (KPDN) Sandakan, Azdy Zukkry John, menyatakan bahawa operasi tersebut dijalankan dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi Sabtu.

Fokus utama operasi ini adalah pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan seperti lori kotak dan lori rigid yang mengangkut barang kawalan berjadual.

Ini bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang yang melibatkan pengedaran barang kawalan.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa telah memeriksa dua buah lori yang membawa muatan minyak masak peket bersubsidi.

Lori pertama membawa sebanyak 500 kotak minyak masak, manakala lori kedua membawa 1,700 kotak.

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengangkutan minyak masak bersubsidi ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa kedua-dua pemandu lori memiliki dokumen yang sah, termasuk lesen, invois, dan resit berkaitan dengan penghantaran minyak masak tersebut.

Dokumen yang diperiksa juga sepadan dengan maklumat dalam sistem ecoss, yang memastikan ketelusan dalam pengedaran barang kawalan.

Menurut Azdy Zukkry John, operasi sebegini akan dijalankan secara berkala bagi memastikan semua kenderaan perdagangan yang mengangkut barang kawalan berjadual mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan barangan bersubsidi yang boleh menjejaskan bekalan kepada rakyat.

“Operasi ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961, yang mengawal selia pengedaran barangan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Menteri puji ketenangan Hajiji hadapi hiruk-pikuk politik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular