Kota Kinabalu : Seramai 588 mangsa banjir daripada 170 keluarga dilaporkan masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort setakat jam 12 tengah hari tadi.
Jumlah itu meningkatkan meningkat seramai 115 orang berbanding 473 mangsa yang direkodkan pada jam 8 pagi tadi.
Beaufort yang dilanda banjir kali kedua dalam bulan ini sejak kelmarin merupakan satu-satunya yang masih ada mangsa di PPS.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa banjir dipindahkan di Beaufort meningkat berikutan pembukaan sebuah lagi PPS di Dewan Gereja St Seno, Batu 58, Beaufort.
Seramai 282 mangsa daripada 84 keluarga dipindahkan ke PPS itu setakat jam 12 tengah hari ini, manakala dua lagi PPS iaitu di Dewan Selagon dan Dewan DSP Mohd Dun Banir masing-masing kekal 138 dan 168 mangsa sejak semalam.
Daerah ini kembali dilanda banjir sejak Jumaat lalu sebelum pemindahan mangsa dilakukan sejak Sabtu setelah baru seminggu dilaporkan pulih daripada banjir sebelumnya. – SABAH MEDIA / FOTO APM