HomeUtamaBeberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini

Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa buah daerah di Sabah hingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman; Pantai Barat dan Pantai Timur negeri ini.

“Antara kawasan dijangka akan mengalami hujan adalah di Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan.

“Turut dijangka mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat melibatkan Papar selain Tawau dan Sandakan yang melibatkan Kinabatangan sehingga jam 5  petang ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Johor dan Sarawak turut mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambahan kouta data minimum 5GB diberikan sempena Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular