Kota Kinabalu: Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi gejala dadah kerana ia berupaya merosakan kehidupan diri sendiri termasuk keluarga masing-masing.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, golongan muda khususnya perlu membuat pilihan yang tepat dan jauhi penyalahgunaan dadah.
Justeru katanya, para pemimpin, pendidik dan ibubapa harus bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang bebas dadah untuk generasi masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan tayangan ‘No More Drugs’ yang dianjurkan Kelab Lions Sabah di sini, baru-baru ini.
Selain itu, Christina turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada Pengerusi Penganjur Alyssa Lim sebagai tanda sokongan terhadap tayangan berkenaan.
Beliau turut menasihati golongan dari sekolah, kolej, universiti, pertubuhan beliau dan kumpulan komuniti agar menjauhi daripada gejala dadah. – SABAH MEDIA