HomeUtamaKPDN Sandakan laksana Ops Bersepadu banteras ketirisan barang kawalan

KPDN Sandakan laksana Ops Bersepadu banteras ketirisan barang kawalan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan menjalin kerjasama dengan beberapa agensi Kerajaan bagi memperkukuh aktiviti pemantauan ketirisan barang kawalan di perairan daerah itu.

Ia termasuklah kerjasama bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sandakan, Tuan Azdy Zukkry John berkata, kerjasama itu dilaksanakan melalui pelaksanaan operasi bersepadu yang bertujuan membanteras penyelewengan barang kawalan seperti minyak masak, gas petroleum cecair, minyak diesel dan petrol di perairan Sandakan.

Katanya, operasi itu turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan di jeti-jeti perdagangan termasuk jeti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang menguruskan operasi jualan minyak diesel bersubsidi kepada para nelayan yang berdaftar.

Menurutnya, operasi itu turut memberi fokus utama terhadap barangan yang dikendalikan di jeti-jeti terbabit.

“Sebanyak empat buah jeti telah diperiksa pada hari ini dan salah satu daripadanya adalah jeti PNK di Sandakan yang menjalankan operasi sebagai Pusat Jualan Diesel Minyak Diesel Bersubsidi untuk para nelayan. 

“Pemeriksaan secara keseluruhannya mendapati pihak jeti mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada pukul 11 pagi.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDN Sandakan terus memperkasakan operasi penguatkuasaan dan diperhebatkan selepas ini sebagai usaha berterusan untuk membanteras ketirisan barang kawalan di daerah Sandakan.

Katanya, KPDN Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga. 

“Pengguna boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada KPDN dengan menyalurkan butiran aduan yang lengkap menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DJ Dave kejutkan peminat dengan lagu raya baharu selepas 48 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular