HomeUtamaPotong kabel TM: Tiga penganggur dipenjara enam bulan, didenda RM1,000

Potong kabel TM: Tiga penganggur dipenjara enam bulan, didenda RM1,000

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Tiga penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ni, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memotong kabel telekom milik Telekom Malaysia (TM).

Sekiranya gagal membayar denda, mereka akan menjalani hukuman penjara tambahan selama satu bulan.

Tertuduh Sanasi Jonip, 35, Tutu, 38, dan Robi Robok, 21, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas pada 17 Mac 2025, kira-kira jam 10.15 malam di tepi jalan berhampiran Hotel Tang Dynasty Park, Jalan Belia dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bersama rakannya sedang melakukan rondaan pemantauan aset TM di kawasan tersebut sebelum ternampak penutup lubang penyelenggaraan (manhole) TM dalam keadaan terbuka.

Setelah membuat pemeriksaan, mereka mendapati empat lelaki berada di dalam lubang tersebut. Pengadu segera menghubungi pihak polis, yang berjaya menahan tiga lelaki di lokasi kejadian, manakala seorang lagi melarikan diri.

Turut dirampas dalam kejadian itu ialah beberapa peralatan digunakan untuk memotong dan menarik kabel TM. Kesemua lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam, manakala Robi, yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, telah diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman penjara.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidi Hamzah, mengendalikan kes pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan hari jadi TYT pada Jun, bukan tiga bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular