HomeUtamaSabah mohon peruntukan tambahan naik taraf jalan lebih 20 tahun usia reka...

Sabah mohon peruntukan tambahan naik taraf jalan lebih 20 tahun usia reka bentuk

Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jalan-jalan persekutuan di negeri itu yang telah melebihi tempoh jangka hayat reka bentuk lebih 20 tahun.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, banyak jalan di Sabah tidak lagi sesuai untuk penyelenggaraan rutin seperti menampal lubang, sebaliknya memerlukan proses naik taraf sepenuhnya.

“Jalan-jalan persekutuan terutama dari Ranau hingga ke check point Semporna – Tawau telah melebihi jangka hayat reka bentuk. Dengan pertambahan trafik dan beban berlebihan, jalan-jalan ini bukan sahaja perlu diselenggara tetapi dinaik taraf sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Kinarut di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini menggesa kerajaan melalui Jabatn Kerja Raya (JKR) Sabah agar mengambil tindakan serius isu jalan raya yang semakin membimbangkan kepada pengguna di negeri ini.

Menurut Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, kerajaan negeri telah mengemukakan senarai keutamaan (wish list) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam taklimat pembangunan bersama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, setiap tahun Sabah memerlukan penyelenggaraan untuk kira-kira 110 kilometer jalan persekutuan, namun peruntukan yang diterima hanya mencukupi bagi sekitar 50 hingga 60 kilometer.

“Akibatnya, wujud backlog yang semakin bertambah setiap tahun. Kini, kita terpaksa mengejar kerja penyelenggaraan yang tertangguh disebabkan jalan-jalan ini telah mencapai had usia penggunaannya,.

“Maka itulah kita berbincang dengan Kerajaan Persekutuan, kita minta tambahan peruntukan untuk jalan yang perlu diselenggara dan perlu dinaik taraf, yang paling penting sekarang kita naik taraf jalan-jalan persekutuan yang sudah lama,” jelas Shahemey.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey turut memaklumkan bahawa beberapa jalan di Sabah sedang menjalani proses pemulihan, termasuk empat lokasi utama yang mengalami kerosakan teruk.

“Bagi jalan berstatus ‘kondisi lima’ – iaitu jalan yang sudah tidak boleh dibaiki hanya dengan tampalan lubang – Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana pemulihan. Antara lokasi yang terlibat ialah Paitan, Kalabakan – Sapulut serta dua lokasi lain yang sedang dalam penilaian,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa JKR Sabah serta kontraktor yang terlibat dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo telah diminta memastikan keadaan jalan sentiasa selamat untuk pengguna, terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal menyaksikan peningkatan trafik.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang baru dibaik pulih, seperti laluan Keningau – Kimanis yang mengalami tanah runtuh awal bulan ini.

“Kerja pembaikan sementara telah selesai dan jalan sudah boleh digunakan semula. Namun, pengguna perlu berwaspada terutama ketika hujan lebat kerana struktur tanah masih belum stabil sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pada Majlis Iftar, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyantuni media dan Sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24).

RELATED ARTICLES
Utama

Padah ugut isteri, suami dipenjara lapan bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular