HomeUtama2 April ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Sabah

2 April ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri menetapkan 2 April sebagai hari kelepasan am bagi Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berikutan tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri jatuh pada hari Ahad iaitu pada 30 Mac ini.

“Pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri jatuh pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2025, maka hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am.

“Kerajaan Negeri menetapkan sekiranya hari berikutnya juga adalah hari kelepasan am, maka tarikh 2 April 2025 sebagai hari kelepasan am bagi Negeri Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56),” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, warta Kerajaan bertarikh 6 Mac lalu menyatakan tarikh 30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong menerusi warta Kerajaan berkenaan.

“Jadual Pemberitahuan Warta No. 221 tahun 2024 yang disiarkan pada 8 Ogos 2024 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan ‘Sabtu’ dan ‘4 Oktober’ yang terdapat bersetentangan dengan ‘Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri’ dengan perkataan ‘Ahad’ dan ‘30 Mac’ masing-masing,” menurut warta Kerajaan itu di sini.

Pada 1 Januari lalu, Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan terus perkukuh bantuan sara hidup, SARA diperluas mulai April 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular