HomeUtamaSambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT bermula Ahad ini

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT bermula Ahad ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 Tun Musa Aman akan diadakan bermula Ahad ini sehingga 21 Jun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, ia adalah selaras dengan warta Kerajaan Negeri Sabah berhubung penetapan tarikh berkenaan.

Katanya, sebanyak tujuh acara telah diatur dan akan berlangsung dalam tempoh berkenaan.

“Selaras dengan Warta Kerajaan Negeri Sabah, tarikh Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT adalah pada 30 Mac 2025.

“Bagaimanapun, sambutan bersempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ini akan berterusan sehingga 21 Jun 2025. Di mana dalam tempoh tersebut terdapat tujuh acara Rasmi yang berlangsung di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sambutan itu merupakan yang pertama dijalankan selepas pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang Ke-11 pada 1 Januari lalu.

Joachim berkata antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah Majlis Bacaan Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Selain itu katamya, turut diadakan Istiadat Perbarisan; Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Istiadat Perbarisan; Majlis Jamuan Negeri dan Hari Etnik Sabah.

“Sambutan juga akan diisi dengan Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Bintang-Bintang Serta Pingat Kebesaran Sabah (Diselaraskan oleh Istana Negeri); dan Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa Dan Anak-Anak Yatim,” katanya.

Dalam pada itu,Joachim berkata, antara acara lain yang akan berlangsung pada 21 Jun lalu adalah Istiadat Perbarisan; Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Istiadat Perbarisan; Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Bintang-Bintang Serta Pingat Kebesaran Sabah; dan Majlis Jamuan Negeri.

Menurutnya lagi, penganjuran program dan acara sepanjang sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama ini juga dibantu oleh pelbagai kementerian dan agensi negeri dan persekutuan.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama dalam memastikan kelancaran program dan acara yang telah dirancangkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua lelaki selamat selepas kenderaan hanyut dibawa arus deras

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular