HomeUtamaTambahan kouta data minimum 5GB diberikan sempena Aidilfitri

Tambahan kouta data minimum 5GB diberikan sempena Aidilfitri

Read Time:50 Second

Putrajaya : Insentif rebat Rahmah berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB diberikan kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia (prabayar dan pascabayar) pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan memaklumkan tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam dan tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.

Antaranya termasuklah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

Ia merupakan satu usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat  lanjut  mengenai  insentif  ini  akan   diumumkan   oleh   syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. 

Manakala, senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan  https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq. – SABAH MEDIA

Soalan lazim insentif rebat rahmah
RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa sindiket penipuan pekerjaan kembali ke pangkuan keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular