HomeIsu tempatanUMS serah sumbangan bakul makanan di Kampung Rampayan

UMS serah sumbangan bakul makanan di Kampung Rampayan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 penduduk Kampung Rampayan, di sini menerima sumbangan bakul makanan sempena Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Bakul Makanan Kursi Rumpun Bajau Samah baru-baru ini.

Majlis anjuran Kursi Rumpun Bajau Samah, ASTiF Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu turut menyampaikan sumbangan zakat UMS kepada 14 pengawal keselamatan UMS.

Majlis penyampaian disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud dan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansur merangkap Pemegang Kursi Bajau Samah.

Kasim berkata program itu adalah sebagai usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat khususnya pada bulan Ramadan.

Katanya, bulan Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga waktu terbaik untuk berkongsi rezeki serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dalam masyarakat.

“Ramadan mengajar kita erti kesabaran, ketabahan, dan kepedulian terhadap sesama insan. Atas semangat inilah, Kursi Rumpun Bajau Samah UMS menganjurkan majlis ini yang bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi satu simbol perpaduan dan kasih sayang sesama kita,” katanya.

Kasim berkata, sebagai individu yang diberikan amanah untuk menerajui Kursi tersebut, beliau akan memastikan usaha kebajikan, pemerkasaan komuniti, serta pemeliharaan warisan dan budaya terus diperluas dan diperkukuhkan.

“Saya percaya bahawa dengan semangat perpaduan dan kebersamaan, kita mampu membentuk sebuah komuniti yang lebih berdaya saing, progresif, dan sejahtera.

“Semoga setiap usaha yang kita lakukan hari ini menjadi langkah penting ke arah masa depan yang lebih gemilang dan bermakna buat kita semua.semua – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

JKKK perlu utamakan integriti tinggi dalam tugasan harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular