HomeUtamaDJ Dave kejutkan peminat dengan lagu raya baharu selepas 48 tahun

DJ Dave kejutkan peminat dengan lagu raya baharu selepas 48 tahun

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda tanah air, Datuk DJ Dave, kembali menghangatkan suasana Aidilfitri tahun ini dengan pelancaran lagu Hari Raya terbaharunya—lagu pertama beliau dalam genre itu selepas 48 tahun.

Menurut Datuk DJ Dave, ilham untuk lagu ini tercetus pada suatu pagi, dan dengan dorongan isteri tercinta, beliau segera merealisasikan impian tersebut.

“Dalam tempoh hanya enam hari, beliau berjaya menyiapkan lagu ini, merangkumi proses penulisan lirik, penyusunan melodi, rakaman, serta penghasilan video muzik.

“Lebih menarik, lagu ini menampilkan suara kanak-kanak yang menambahkan elemen ceria dan segar.,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

DJ Dave berpendapat bahawa muzik adalah jambatan yang menghubungkan generasi, dan beliau mahu menggunakan karyanya untuk berinteraksi dengan golongan muda.

Proses susunan muzik lagu ini dilakukan bersama Alfa Booty, menjadikan Datuk DJ Dave artis pertama yang merakam lagu di studio baharu Alfa Booty di Ukay Perdana.

Lagu Hari Raya ini akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Mac 2025 (Jumaat – malam) menerusi saluran YouTube rasmi Datuk DJ Dave di www.youtube.com/@djdavemalaysiaofficial4879.

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular