HomeUtamaGRS-PH sebuah kerajaan peduli rakyat - Hajiji

GRS-PH sebuah kerajaan peduli rakyat – Hajiji

Read Time:1 Minute, 41 Second

Sipitang: Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat yang sentiasa mengambil peduli soal masalah rakyat selain membantu mereka yang susah atau miskin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor berkata, walaupun kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha memajukan negeri dan membangunkan ekonomi namun ia tidak sekali-kali meminggirkan usaha membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.

“Sebagaimana biasanya dalam bulan Ramadan, apapun yang kita lakukan bagi mengimarahkan bulan ini, kita tidak boleh lupa mereka yang kurang mampu.

“Itulah sebenarnya antara fadilat berpuasa supaya kita menginsafi bahawa ada kalangan rakan kita yang memerlukan atau masih dalam keadaan susah. Kerana itulah dalam bulan Ramadan ini pelbagai acara kita adakan bagi menyantuni rakyat yang saya maksudkan ini.

“Dalam kerajaan, kita mempunyai satu dasar atau polisi di mana kerajaan ini, saya anggap sebagai kerajaan rakyat, kerajaan yang peduli masalah rakyat. Selain tumpuan kita untuk membina atau membangunkan ekonomi kita dengan pelbagai cara, rakyat miskin atau yang susah ini perlu dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sipitang di sini malam ini.

Hajiji berkata, sejajar dasar peduli rakyat yang diterapkan GRS-PH, kerajaan menggubal polisi menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, bermula dari anak yang baru lahir hinggalah golongan dewasa.

Katanya, bagi anak yang baru lahir, kerajaan menyediakan tabung pendidikan sebagai bekalan apabila mereka memasuki alam persekolahan.

“Kita wujudkan tabungan pendidikan kepada anak yang baru lahir. Mungkin ramai yang tidak tahu perkata ini, tapi kita memang ada bantuan untuk mereka. 

“Itulah kita panggil kerajaan ini sebagai kerajaan peduli rakyat, kerana dari yang baru lahir hinggalah rakyat yang tua dan tidak mampu kita bantu,” katanya.

Jelasnya, banyak sudah dilakukan kerajaan yang menjurus kepada peduli rakyat, termasuk bantuan kewangan RM300 sebulan selama setahun kepada rakyat miskin tegar pada tahun ini.

Terbaru, katanya Kabinet Negeri pada Rabu meluluskan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri sebanyak RM500 untuk sambutan Aidilfitri bulan ini dan RM500 lagi sempena Kaamatan pada Mei depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Seorang lelaki maut, lima cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular