HomeUtamaKedudukan Sipitang beri kelebihan tarik lebih ramai pelabur

Kedudukan Sipitang beri kelebihan tarik lebih ramai pelabur

Read Time:1 Minute, 3 Second

Sipitang : Kedudukan Sipitang yang bersempadan dengan Sarawak, selain dekat dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia memberi banyak kelebihan kepada daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kedudukan strategik itu mendorong kepada pelabur untuk datang ke daerah ini bagi melabur dalam industri minyak dan gas, khususnya di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Katanya,  taman industri itu sudah penuh dan kini pihak berkuasa di SOGIP memohon kawasan baharu untuk mengembangkan industri minyak dan gas di daerah ini.

“Di Sipitang, SOGIP sudah penuh dan ia memohon untuk tambah lagi kawasan tanah. Kalau tiada tanah di sini, kita buka satu taman baharu dekat Beaufort, ini sudah dibincang dalam Kabinet kerana tiada tempat untuk pelabur sudah.

“SOGIP penuh ketika kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH), maknanya Sipitang mempunyai masa depan cerah sebab kawasan ini nanti akan terbangun banyak aktiviti ekonomi. 

“Dari situ aliran kewangan dari aktiviti ekonomi mengalir kepada rakyat, peniaga restoran, gerai dan lain- lain lagi, ramai yang akan mendapat manfaatnya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sipitang di sini malam ini.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan asnaf, anak yati dan mangsa bencana banjir. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular