HomeUtamaProgram Semarak Syawal, jualan IMAT bantu masyarakat beli keperluan Aidilfitri

Program Semarak Syawal, jualan IMAT bantu masyarakat beli keperluan Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 19 Second

Keningau : Penganjuran program Semarak Syawal dan jualan khas Industri Makanan Asas Tani (IMAT) Sabah berupaya mewujudkan satu platform bagi membantu masyarakat tempatan membuat persediaan awal menyambut Aidilfitri.

Ini termasuklah mendapatkan bekalan keperluan harian yang berkualiti dan berpatutan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu menyediakan akses langsung kepada produk segar dan berkualiti.

Selain itu katanya, program itu juga memudahkan pengguna mendapatkan hasil pertanian, produk asas tani, serta barangan keperluan dengan jaminan kualiti serta harga yang berpatutan. 

“Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada usahawan Pasar Tani dan Industri Asas Tani (IAT) untuk menawarkan produk mereka secara langsung kepada pengguna.

“Saya turut berharap aagar program ini akan menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dan para usahawan melalui pelbagai aktiviti jualan dan kempen promosi yang dianjurkan di Pasar Tani seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara pengisian program Semarak Syawal  termasuk penyampaian promosi Jualan Happy Hour bagi produk IMAT dan ayam segar selain jualan khas seperti Bakul Madani Raya, Kombo Agro Madani MyRakyat serta Kombo Bakul Raya dengan potongan harga istimewa.

Selain di Pasar Tani Kekal Keningau, Jualan Khas Semarak Syawal turut diadakan di 15 lokasi lain di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Program ini turut melibatkan 487 usahawan dan dijangka mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1 juta. 

Antara lokasi utama termasuk Pasar Tani Kinabatangan, Tapak Pasar Tani Sabindo Tawau, Wisma Persekutuan Sandakan, Pasaraya Econsave Lahad Datu, Perkarangan Milimewa Semporna, Perkarangan Kedai Kien Hiong Ranau, serta Labuan Walk di W.P Labuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular