HomeUtama17 peratus peminjam di Sabah culas membayar pinjaman PTPTN

17 peratus peminjam di Sabah culas membayar pinjaman PTPTN

Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 peratus peminjam di Sabah didapati culas dalam membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Beliau berkata sebanyak 83 peratus peminjam membayar pinjaman mereka walaupan tidak konsisten, tetapi masih terdapat segelintir individu yang berpendapatan tinggi, namun belum memenuhi tanggungjawab tersebut.

“Kita sedang cuba usahakan supaya mereka membayar. Sebenarnya bila kita membayar, maka ini kita akan pulangkan kembali kepada yang lain yang juga memerlukan pinjaman ini,” katanya Pada Majlis Tautan Kasih bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Pengamal Media di sini pada malam Khamis.

Mustapha turut menjelaskan bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM75 bilion melalui PTPTN untuk membantu anak-anak dalam mendapatkan pendidikan tinggi, dan beliau berharap agar lebih ramai peminjam akan tampil untuk berbincang dengan pihak PTPTN sekiranya menghadapi kesulitan dalam pembayaran.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan masyarakat, terutamanya ibu bapa, untuk menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi memastikan anak-anak mereka tidak terbeban apabila tiba masa untuk melanjutkan pengajian di universiti.

“Simpan SSPN menyediakan banyak manfaat dan keistimewaan kepada pendeposit antaranya ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan, pelindungan takaful, Geran Sepadan, dividen serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya.

Dalam majlis itu juga, beliau menyeru pengamal media menjalankan tugas dengan profesional, memastikan kandungan yang disampaikan sahih dan boleh dipercayai. tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Namun, kepesatan teknologi komunikasi digital sedikit sebanyak memberi tamparan kepada dunia informasi kerana terlalu banyak informasi dilonggokkan di alam maya dengan kesahihannya boleh dipertikai.

“Lebih mencabar, wujudnya wartawan “jadian” di platform media sosial. Ini sekaligus menjadikan tugas wartawan profesional menjadi semakin kompleks untuk membendung fakta-fakta tidak benar ini dan melaporkan fakta sebenar,” ujarnya.

Bersempena majlis ini, seramai 20 anak-anak pengamal media yang berkeperluan menerima sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Katanya, semoga sumbangan itu sebagai permulaan untuk anak-anak pengamal media terus menabung dalam Simpanan SSPN.

RELATED ARTICLES
Utama

Stor penyimpanan sebuah restoran terbakar di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular