HomePolitikUMNO Sabah Bahagian Tuaran Tegas Pertahan Autonomi dalam Penentuan Kerusi Pilihan Raya

UMNO Sabah Bahagian Tuaran Tegas Pertahan Autonomi dalam Penentuan Kerusi Pilihan Raya

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, tampil menyuarakan pendirian tegas berhubung isu penentuan kerusi yang bakal ditandingi oleh UMNO Sabah Bahagian Tuaran pada pilihan raya akan datang. 

Menurut beliau, keputusan mengenai kerusi tersebut adalah hak dan tanggungjawab UMNO Sabah Bahagian Tuaran serta Presiden UMNO Malaysia, dan bukan keputusan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu tanpa melalui proses perbincangan yang sewajarnya.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah itu turut menekankan bahawa konsep autonomi dalam parti bukanlah bererti seorang individu sahaja boleh membuat keputusan sesuka hati. 

Tegasnya, jika seorang sahaja yang memonopoli keputusan, itu bukanlah autonomi tetapi autokrasi.

“Autonomi bukan bermakna satu orang saja membuat keputusan. Kalau seorang saja siok-siok membuat keputusan, itu bukan autonomi, itu autokrasi. Jadilah demokrat, bukan autokrat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak dalam parti untuk menghormati prinsip demokrasi dan memastikan segala keputusan dibuat secara musyawarah dan berasaskan semangat kolektif dalam parti. 

Menurutnya, adalah penting bagi UMNO Sabah Bahagian Tuaran untuk mempertahankan hak autonomi mereka dalam membuat keputusan secara bersama dan bukannya dikuasai oleh individu tertentu.

Kenyataan tegas ini dilihat sebagai mesej jelas kepada pihak-pihak tertentu agar menghormati proses demokrasi dalam parti dan memastikan keputusan dibuat secara inklusif dan adil. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Restoran popular mohon maaf berhubung dakwaan layanan mengecewakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular