HomeUtamaIndustri kreatif, pemangkin promosi pelancongan Sabah

Industri kreatif, pemangkin promosi pelancongan Sabah

Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

PENAMPANG: Industri kreatif memainkan peranan penting dalam memperkukuh promosi budaya dan pelancongan Sabah dengan mengetengahkan keindahan destinasi luar bandar melalui karya berkualiti.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata muzik dan filem bukan sahaja menyerlahkan bakat tempatan, tetapi juga menjadi medium efektif dalam memperkenalkan budaya serta lokasi menarik di negeri ini kepada khalayak lebih luas.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Album Digital MTV FH Idol 2 oleh F Harmthon Production Sdn Bhd, yang turut memperkenalkan FH Cinema sebagai platform baharu bagi penggiat seni tempatan di Dewan Perpustakaan Penampang, hari ini.

Projek ini melibatkan penggambaran di beberapa lokasi luar bandar seperti Karanahan View, Kota Belud; Jurassic Land Kiulu; Kokol Haven Resort; dan Mandalipau White Water View & Fish Pond, yang berpotensi menarik lebih ramai pelawat.

Joniston menegaskan bahawa visual sinematik yang berkualiti dalam karya tempatan dapat menarik perhatian pelancong serta memperkenalkan destinasi Sabah yang kurang dikenali.

Menurutnya, kejayaan FH Cinema membuktikan bahawa industri kreatif boleh bekerjasama dengan pemegang taruh pelancongan untuk membuka peluang baharu kepada komuniti setempat.

“Saya berharap FH Cinema terus menjadi platform utama bagi penggiat seni tempatan sambil melengkapi usaha memperkenalkan keunikan Sabah kepada dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Dr Jelani (kiri) dan Dr Romzi.
Utama

Hentikan pertikaian sambutan Hari Jadi TYT Sabah, demi imej institusi istana...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular