HomeUtamaProjek peluasan pelabuhan Sabah yang tertangguh dijadualkan siap tahun depan.

Projek peluasan pelabuhan Sabah yang tertangguh dijadualkan siap tahun depan.

Read Time:1 Minute, 20 Second

Sepanggar : Projek Peluasan Pelabuhan Teluk Sepanggar dijangka akan siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerja-kerja peluasan yang dikendalikan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) itu telah mencapai 18 peratus siap.

“Jadi saya berharap pihak pemantau projek ini dapat memantau prestasi kerja ini dengan lebih ketat.

“Ini kerana ianya sudah terlewat agak lama dan kita berharap tidak ada lagi isu-isu yang boleh mengendalakan kemajuan kerja projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Taklimat Operasi Pengendalian Kontena SBCP, Pembesaran dan RoRo oleh DP World Sabah Sdn. Bhd sempena sesi lawatan kerja ke Pelabuhan Sepanggar di sini baru-baru ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, dengan kapasiti semasa Pelabuhan Sepanggar yang mampu menampung setengah juta TEU (Twenty-foot Equivalent Units), projek perluasan ini diharap dapat meningkatkan kapasiti pelabuhan kepada 1.2 juta TEU apabila siap sepenuhnya.

Katanya, ia menunjukkan potensi besar bagi Pelabuhan Sepanggar dalam memainkan peranan penting dalam sektor logistik dan perkapalan di Asia Tenggara pada masa depan.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, penyediaan terminal feri dari Labuan ke Kota Kinabalu yang sedang dijalankan di jeti Pelabuhan Kota Kinabalu Lama oleh Suria Capital Holdings Berhad turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam lawatan berkenaan.

Beliau berkata, projek itu dijangka siap pada minggu pertama bulan Mei tahun ini, dengan pengumuman rasmi mengenai tarikh operasi akan dibuat oleh Suria Capital.

Selain itu, mengenai pemindahan RoRo di Pelabuhan Lama Kota Kinabalu, perkhidmatan berkenaan akan berakhir 31 Mac dan akan mulai beroperasi di Pelabuhan Sepanggar April depan dengan tapak penyimpanan kenderaan yang lebih baik. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Dr Jelani (kiri) dan Dr Romzi.
Utama

Hentikan pertikaian sambutan Hari Jadi TYT Sabah, demi imej institusi istana...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular