HomeUtamaSambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu meriah

Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu meriah

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu:  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H yang diadakan di Istana Seri Kinabalu pada hari ini berlangsung meriah.

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin kira-kira jam 10.30 disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Zulfauzy Awang Besar sebelum para tetamu jemputan menikmati pelbagai aneka juadah Hari Raya.

Antara yang hadir ialah Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Seri Noraini Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, jemaah menteri kabinet negeri serta konsul-konsul negara asing.

Pada majlis itu, para tetamu dihiburkan dengan persembahan rangkaian lagu Hari Raya Aidilfitri yang dipersembahkan oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Inspektor Wilbono Zain.

RELATED ARTICLES
Utama

Shafie Apdal Akui Keluar Surat Sokongan permohonan Dokumen Pengenalan Diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular