HomeUtama33 kenderaan dikenakan kompaun, gagal patuhi UUK Tempat Letak Kereta

33 kenderaan dikenakan kompaun, gagal patuhi UUK Tempat Letak Kereta

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengeluarkan 33 keping kompaun terhadap kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak dikhaskan sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, kompaun yang dikeluarkan menerusi pemeriksaan dan pematuhan Undang-Undang Kecil (UUK) Tempat Letak Kereta itu telah dilaksanakan semalam di pekarangan sebuah pusat membeli belah di pusat bandaraya.

“Warga bandaraya Kota Kinabalu diingatkan untuk sentiasa mematuhi UUK Tempat Letak Kereta yang telah dikuatkuasakan dan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dikhaskan sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kenderaan yang telah diletakkan di kawasan yang hanya dikhaskan bagi menurunkan dan mengambil penumpang. Susulan itu, sebanyak 33 keping kompaun telah dikeluarkan di bawah kesalahan UUK Tempat Letak Kereta,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK memandang serius perkara ini dan akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan di sekitar bandar raya dari masa ke masa.

Menurut kenyataan itu lagi, ia adalah bagi memastikan tahap pematuhan orang awam terhadap UUK Tempat Letak Kereta sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat untuk terus menghormati dan memelihara kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Oleh itu, warga bandaraya Kota Kinabalu dinasihatkan untuk sentiasa peka dan patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan selain mengelak daripada meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dikhaskan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar beri jaminan malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular